Tuesday, 10 March 2015

Meniru dalam ujian adalah isu yang semakin meningkat di sekolah-sekolah di semua peringkat. Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan masalah ini.

1. Jarakkan meja pelajar untuk menyukarkan  pelajar menyalin jawapan daripada pelajar lain.

2. Hadkan apa yang pelajar boleh ada di atas meja mereka untuk ujian itu sendiri, jumlah kertas yang diperlukan untuk tujuan  ujian (jika ada), dan alat-alat tulis mereka.

3. Kawal kertas jawapan tambahan dan alat-alat tulis di meja anda. Berikan  kepada pelajar atas permintaan.

4. Halang pelajar menggunakan sebarang peranti elektronik semasa tempoh ujian.

5. Tidak membenarkan pelajar untuk membuat apa-apa perubahan apabila mereka menyerahkan kertas ujian mereka.

6. Mengenakan peraturan yang ketat iaitu tidak bercakap semasa ujian sedang berlangsung.

7. Memadamkan apa-apa maklumat dari papan hitam yang boleh berkaitan dengan ujian.

8. Jika anda mengesyaki satu atau lebih pelajar meniru, pastikan anda mengikuti garis panduan sekolah anda untuk mengendalikan kes berkenaan.

No comments:

Post a Comment